Monday, May 9, 2011

Aku, Research dan Environment



Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menurunkan hujan dan langit lalu Kami keluarkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara bukit2 itu ada garis2 puteh dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada yang hitam pekat. Dan demikian pula di antara manusia, binatang2 melata dan binatang2 ternak ada yang bermacam2warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba2nya,hanyalah ulama.(faatir:27-28)




Dalam ayat yang akhir ini Al-Quran menggalakkan manusia supaya menyelidik dan menyingkap rahsia tumbuh-tumbuhan, haiwan dan kejadian2 yang tidak bernyawa, dan sebagai natijah daripada penyelidikan itu timbul rasa takut kepada Allah. ini menunjukkan bahawa mengetahui rahsia alam, mengenal dan mengetahui Allah yang menciptakan alam ini, dan mengenal Penciptanya dan mengenal benda-benda yang diciptakanNya itu adalah mempunyai hubungan antara satu sama lain yang tidak boleh dipersiasiakan. (Allah dalam aqidah islamiah:Hassan Albanna)



Aku tulis ni dgn harapan memberi smngat untuk terus menghabiskan FYP.
ye, untuk diri aku.
org lain dapat manfaat alhamdulillah~


Kali ni aku praktikal di NAHRIM
bahagian Makmal Kualiti Air

kerja aku ambil sample air, buat analisis kat lab.
ambik bacaan beberapa parameter yg dikehendaki, masuk dalam excell, plot graph

project aku kn wat treatment air

hm...
ape yg aku sedar?

aku jd bertambah sayang ngan environment aku..
seronok wat kerje ni

tapi rase sedih bile nampak sampah terapung2 kat atas tasik yang sedang dalam treatnment..

manusia..manusia..
nak guna air bersih
tapi tak reti nak jaga
last2 kerajaan kene kuar berjuta ringgit nak pulihkan semula kualiti air tu
duit kerajaan tu datang dari duit kite jugak
kite bayar cukai
lepas tu kotorkan sungai ngan tasik
lepas tu duit2 gune nak bersihkan 'aktiviti2' pencemaran tangan kite sendiri...

uh.. membazir..

mencegah itu lebih baik dr merawat

tapi, kekadang tasik ngan sungai tu boleh tercemar semulajadi
tu, berbaloilah untuk gune 'duit kite' aka 'duit kerajaan' untuk treat air tu..

so,

sayangi sungai kita

kite khalifah Allah yg dipertanggungjawabkan utk memakmurkan, menjaga alam sekitar kite..
n akan disoal kat akhirat nanti...

ops.. penah buang sampah merata??

nanti kene soal nanti..

Tuesday, April 19, 2011

ukhti Wan Fatimah..



Aku musafir yang mencari kebenaran. Seorang manusia yang mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yang mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan dan kehidupan yang baik dalam naungan Islam yang suci.Aku adalah seorang yang memahami kewujudannya, lalu dia berseru, " Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Dengan itu aku diperintahkan dan aku adalah termasuk orang muslim. Inilah aku, siapakah anda?



ukhtie WanTim,

ana kagum betapa anti seorg yg persisten dlm dakwah
ana hormati pandangan anti yang selalunya tak terpikir dek org lain
ana terharu melihat anti, betapa letih, betapa penat, sakit, pedih dan sedih,
anti terus mengorak langkah
berhenti n berdiam diri, itu bukan pilihan

ana pohon kpd Allah agar segala amalan anti ihklas bulat keranaNYA
dan semoga Allah memberi ganjaran kepada anti tanpa putus2
semoga setiap butir kata-kata anti mengalir laju dari hati yg cinta pd Jalan ini
semoga gerak langkah anti terus berlari sehingga nafas terhenti

mohon maaf segala khilaf dr ana
mohon maaf andai kata ana menyakiti anti
atau tidak menunaikan hak2 ukhuwah yg sepatutnya ana beri

tapi percayalah ukhti,
ana sayangkan anti
khilaf kita lumrah manusia
gaduh kita tanda cinta
pastinya hati kita terikat utuh keranaNya

ukhtie,
walau kita bakal terpisah dek sempadan negeri
ikatan hati tetap bersemi

ukhtie,
andai ana kehilangan arah
janganlah biarkan ana sendiri
tarik dan heretlah ana kembali
kerana ana mahu mati di Jalan ini
kerana ana mahu kita bergembira, bersenang hati
dalam syurga abadi

ukhuwah kita takkan musnah
selagi kita berpegang pada tali Allah

salam sayang
ukhtie wan fatimah wan zulkifli
moga kita berjumpa lagi

Sunday, November 29, 2009

UKHUWWAH ---&----<3 Rabithah hati


Apa itu ukhuwah?

Seringkali kita melafazkannya, kepentingannya, pengorbanan yang diperlukan untuknya, akibat ketiadaannya.

Seringkali kita diperingatkan, apakah pernah kita rasa kehangatannya di hati?

Keikhlasan yang muncul dari cinta yang tulus murni kerana Allah dalam perjuangan ini.

Adakah ia Cuma sekadar bertanya khabar semata? Memberi mesej mengingatinya? Bergelak ketawa bersama-sama? Berjumpa, bersalaman, berpeluk tanda gembira?

Sememengnya itu termasuk di dalamnya, akan tetapi kehangatannya lebih dari itu.

Bila berjumpa, hati melonjak gembira.

Bersalaman erat, memeluknya seakan tidak mahu melepaskannya.

Ini adalah hati-hati dimana aku disatukan bersamanya di dalam jalan memperjuangkan agamaNya

Hati-hati dimana aku berjuang untuk mencintai hati-hati manusia yang lainnya agar terus bersamasama kami menyertai jalan ini

Hati-hati ini di satukan atas nama Sang Pencipta.

Hati- hati ini dalam satu perjuangan suci yang menjanjikan kasih dan redha Al-Wadud, Yang Maha Mencinta

Mana mungkin aku akan lepaskan walaupun satu dari hati-hati ini.

Aku tidak mahu ada hati-hati ini yang mula mengundur diri dari jalan yang dipenuhi cahaya keberkatan tanpa henti

Aku tak mahu

Walaupun Satu

Jika ada yang berlaku sedemikian rupa..

Apa yang aku lakukan..

Biarkan?

"aku pun banyak kerja, nak kena pujuk dia pula, bukannya dia tak faham kepentingan kerja kita ini?"

"aku tak tahu..alah..lambat laun dia akan ok tu.."

"aku penatlah nak pikir,oke kot. Dia takde pape tu.."

"aku dah bg msg, tapi dia tak balas pula,call pun tak angkat.."

"hari tu aku ada terjumpa dia, nampak oke je.."

Masa berlalu..ketangkasannya tak macam dulu.. kata-katanya tak sepetah dulu.. makin banyak dia mendiamkan diri..semangatnya seakan hilang..

Bila ditanya.."tension study," jawabnya..

Kerapkali itulah yang dijawabnya, disebabkan itu, aku tak mahu membebankannya.. tak banyak kerja yang ku berikan kepadanya…

Dengan harapan, studinya akan bertambah baik, dan dia akan kembali seperti dulu.

Akan tetapi, dia semakin hilang….

Aku bungkam…

Ada sesuatu yang disembunyikannya?

Tuk,tuk.assalamualaikum..

Pintu dibuka..waalaikumsalam…

Aku memeluknya erat.."anti ape khabar? Lame tak jumpa…rindunya dengan anti.."

Dia terdiam..aku tidak melepaskannya..

Akhirnya dia memelukku kembali..erat..

Kami duduk dikatilnya berborak…walaupun dia kelihatan tidak ceria …aku tak bercadang untuk balik.

Setelah beberapa lama, dia berkata "nak minum apa-apa?" dia mula berdiri

Aku menarik tangannya dan membuatnya terduduk semula. Aku menggenggam tangannya erat…menatap terus ke dalam mata nya…

"anti apa khabar"

"ah..baik2 je..tension sket..tu je..banyak kerja kene siapkan.."

"apa khabar dalaman anti?"

Dia terdiam seketika..

"oke..insyaAllah.."..dia memalingkan muka…

Aku memeluknya.

"eh, anti.."tersentak dia..

"Macammana ibadah..qiyam…hubungan anti dengan Allah?"

Aku mendengar nafasnya ditarik dalam.. tangannya mula mendakapku erat… badannya mula menggeletar..

tiada jawapan

Hanya esakan..

Aku membiarkannya menangis..

"Allah sentiasa menyayangi anti, mencintai anti, takkan pernah Dia melepaskan anti keseorangan…

Allah merindui anti, jalan ini merindui anti…anti amat berharga untuk ummah ini.."

Dakapannya bertambah erat..

"terima kasih..ana sayang anti..terima kasih sebab jumpa ana..terima kasih.."

Pelukan dilepaskan.. barulah ketika itu dia menceritakan apa masalahnya..

Bermesej2 di alam maya, sesungguhnya memang berbeza apabila mata bertemu mata. Mengungkap rasa yang datang dari hati terus turun ke hatinya..

Setelah beberapa jam di biliknya aku pulang.. di perjalanan aku melihat langit..langit gelap..

Tetiba bulan purnama perlahan-lahan keluar di sebalik awan.

Tersenyum aku

Ya.. ukhuwah itu.. indah.. mampu menarik hati-hati ini kembali bersatu atas dalamnya.. hanya ketika mana ada hati-hati yang peka, sensitif dan dalam cintanya terhadap hati-hati yang berada disekelilingnya…

Hati-hati yang basah…sarat dengan cinta Allah..hangat dengan mahabbah…melimpah dengan kasih yang melembabkan hati-hati disekelilingnya..

Kita perlukan hati-hati itu..

Kita perlukan ia dengan banyaknya..

Agar ia mampu mencairkan hati-hati manusia yang membeku suram tak bercahaya.

Friday, November 13, 2009

Wednesday, September 16, 2009

dang dang dang


uhu.. agak lewat la kan nak upload nih.. tapi tak pe rr.. maybe bleh recycle tuk ramadhan akan datang ..huhu..kalo hidup lagi la

Friday, August 7, 2009

.....

Assalamualaikum wbt..
ape kabar? genki? hisashiburi da ne~...

lamenye tak nulis.. kekadang ade je idea tapi time ade tu takde dpn comp..lagipun susah sket nak online skang ni. harap lab computer kat E3 engine ni jela~

hm..korang ape kabar? hows life? hectic ke? kite kat cnie adelah macam tak betul sket kpale..huhu..

this sem i take 20.5 credit hour = 9 subject = 2 irk subject + 3 co-cu + 6 core courses...

biotech engine lab
biochemical kinetics
thermodynamics
biochemistry 1
environmental engineering
cell and molecular biology
quranic and prophetic text (class conducted in ARABIC!!ngaha~)
sciences of Quran
family and parenting

hu.. too much.. i'm minoring in islamic revealed knowledge.. but alhamdulillah..no math this sem coz i will continue math 5 next sem.. rehat sat..tanpa math..even x bleh lari sebab ade thermo n kinetics

i hope i can balance theeeseee and gerak kerje dakwah..
please pray for me, my friends...

aa~~
lets pray for all of us.. cos i believe you're having hectic life too ne~?

someone ask me.. tak gile ke nak amek banyak2?
honestly rase cam "agakla~"

but you know.. once we have too many things to be done, we tend to treasure our time and use our free time wisely.. but when we have so many free time, we tend to let it be wasted just like that... ngadap laptop... guling2 atas katil..tido..boraaaak manjang..tuptap2 eh... its already 12?
too many 'perkara tak perlu dibuat2 perlu' that we've done..

less time we have we are practising ourselves to be more organized and more discipline.. right?

but for unorganized people like me i know it would be tough.. but it is TRAINING right?

and time2 bizi, kite senang tension and tertekan..
sedar tak sedar time ginilaaaaa hubungan dgn Allah kene LAGI2 kuat..
sape yang mampu bagi kite kekuatan and ketahanan?
sape yang mampu bagi kite ketenangan dalam kekalutan?
sape yang mampu meneguhkan diri kite waktu zaman2 kejatuhan?
sape yang mampu memahamkan kite mase tgh ke'blur'an?
sape yang mampu memudahkan urusan kite dalam kite kesusahan?

kalau bukan Allah...

nak cari bekalan untuk tempuh jalan sbg daie, sebagai student, anak, naqib lagi..kalo tak pancit takde tayar ganti..haus lapa, takde makanan..lagilah pedih..

watazawwadu fainna khaira zadid taqwa..
sebaik2 bekalan ialah takwa..

memang akan rase penat n letih sebab manusia ni memanglah lemah..Allah yang menguatkannye.. sebabtu r kene mintak kat Dia.

okey..

('_')..
smile...
(^~^)..
smile la~
(^_^)

he...
be positive! every problem that we have actually a precious chance to make ourselves better n to gain more experience!
(^-^)

huhu.. why am i feeling like motivating myself~ (^u^) inna ma'al 'usri YUSRA..

rabbi yassir wala tu'assir