Sunday, November 29, 2009

UKHUWWAH ---&----<3 Rabithah hati


Apa itu ukhuwah?

Seringkali kita melafazkannya, kepentingannya, pengorbanan yang diperlukan untuknya, akibat ketiadaannya.

Seringkali kita diperingatkan, apakah pernah kita rasa kehangatannya di hati?

Keikhlasan yang muncul dari cinta yang tulus murni kerana Allah dalam perjuangan ini.

Adakah ia Cuma sekadar bertanya khabar semata? Memberi mesej mengingatinya? Bergelak ketawa bersama-sama? Berjumpa, bersalaman, berpeluk tanda gembira?

Sememengnya itu termasuk di dalamnya, akan tetapi kehangatannya lebih dari itu.

Bila berjumpa, hati melonjak gembira.

Bersalaman erat, memeluknya seakan tidak mahu melepaskannya.

Ini adalah hati-hati dimana aku disatukan bersamanya di dalam jalan memperjuangkan agamaNya

Hati-hati dimana aku berjuang untuk mencintai hati-hati manusia yang lainnya agar terus bersamasama kami menyertai jalan ini

Hati-hati ini di satukan atas nama Sang Pencipta.

Hati- hati ini dalam satu perjuangan suci yang menjanjikan kasih dan redha Al-Wadud, Yang Maha Mencinta

Mana mungkin aku akan lepaskan walaupun satu dari hati-hati ini.

Aku tidak mahu ada hati-hati ini yang mula mengundur diri dari jalan yang dipenuhi cahaya keberkatan tanpa henti

Aku tak mahu

Walaupun Satu

Jika ada yang berlaku sedemikian rupa..

Apa yang aku lakukan..

Biarkan?

"aku pun banyak kerja, nak kena pujuk dia pula, bukannya dia tak faham kepentingan kerja kita ini?"

"aku tak tahu..alah..lambat laun dia akan ok tu.."

"aku penatlah nak pikir,oke kot. Dia takde pape tu.."

"aku dah bg msg, tapi dia tak balas pula,call pun tak angkat.."

"hari tu aku ada terjumpa dia, nampak oke je.."

Masa berlalu..ketangkasannya tak macam dulu.. kata-katanya tak sepetah dulu.. makin banyak dia mendiamkan diri..semangatnya seakan hilang..

Bila ditanya.."tension study," jawabnya..

Kerapkali itulah yang dijawabnya, disebabkan itu, aku tak mahu membebankannya.. tak banyak kerja yang ku berikan kepadanya…

Dengan harapan, studinya akan bertambah baik, dan dia akan kembali seperti dulu.

Akan tetapi, dia semakin hilang….

Aku bungkam…

Ada sesuatu yang disembunyikannya?

Tuk,tuk.assalamualaikum..

Pintu dibuka..waalaikumsalam…

Aku memeluknya erat.."anti ape khabar? Lame tak jumpa…rindunya dengan anti.."

Dia terdiam..aku tidak melepaskannya..

Akhirnya dia memelukku kembali..erat..

Kami duduk dikatilnya berborak…walaupun dia kelihatan tidak ceria …aku tak bercadang untuk balik.

Setelah beberapa lama, dia berkata "nak minum apa-apa?" dia mula berdiri

Aku menarik tangannya dan membuatnya terduduk semula. Aku menggenggam tangannya erat…menatap terus ke dalam mata nya…

"anti apa khabar"

"ah..baik2 je..tension sket..tu je..banyak kerja kene siapkan.."

"apa khabar dalaman anti?"

Dia terdiam seketika..

"oke..insyaAllah.."..dia memalingkan muka…

Aku memeluknya.

"eh, anti.."tersentak dia..

"Macammana ibadah..qiyam…hubungan anti dengan Allah?"

Aku mendengar nafasnya ditarik dalam.. tangannya mula mendakapku erat… badannya mula menggeletar..

tiada jawapan

Hanya esakan..

Aku membiarkannya menangis..

"Allah sentiasa menyayangi anti, mencintai anti, takkan pernah Dia melepaskan anti keseorangan…

Allah merindui anti, jalan ini merindui anti…anti amat berharga untuk ummah ini.."

Dakapannya bertambah erat..

"terima kasih..ana sayang anti..terima kasih sebab jumpa ana..terima kasih.."

Pelukan dilepaskan.. barulah ketika itu dia menceritakan apa masalahnya..

Bermesej2 di alam maya, sesungguhnya memang berbeza apabila mata bertemu mata. Mengungkap rasa yang datang dari hati terus turun ke hatinya..

Setelah beberapa jam di biliknya aku pulang.. di perjalanan aku melihat langit..langit gelap..

Tetiba bulan purnama perlahan-lahan keluar di sebalik awan.

Tersenyum aku

Ya.. ukhuwah itu.. indah.. mampu menarik hati-hati ini kembali bersatu atas dalamnya.. hanya ketika mana ada hati-hati yang peka, sensitif dan dalam cintanya terhadap hati-hati yang berada disekelilingnya…

Hati-hati yang basah…sarat dengan cinta Allah..hangat dengan mahabbah…melimpah dengan kasih yang melembabkan hati-hati disekelilingnya..

Kita perlukan hati-hati itu..

Kita perlukan ia dengan banyaknya..

Agar ia mampu mencairkan hati-hati manusia yang membeku suram tak bercahaya.

4 comments:

Anonymous said...

TT

terima kasih sbb mengetuk pintu hati.. kita sering berbicara ttg ukhuwwah, tetapi bab praktikal kita sering gagal.

sms cukupkah? ym cukupkah? jumpa seminggu sekali dlm usrah cukupkah? teruskan usaha nt, moga ramai yg mengikuti jejak langkah nt..

Mohd Nuruddin Mohamed said...

emm..usaha murni. Teruskan. Moga diri ini dan shbt2 lain mampu mengikut contoh yg baik sebegini.

Anonymous said...

itu lukisan atas lukis sendiri ea?

benar tidak..?

yasashiyusra - bintu wan abdul razak said...

ana ialah "dia" dan aku ialah "seorg ukht yg aku sayangi" ^^